Sweet Love
Meet Pink Lady and Blue Boy
Saturday, July 16, 2011 | 10:44 AM | 0 comments
Mereka berkawan sejak dari sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah. Sebab mereka berdua, sama cerdik sama pandai, mereka berjaya ke ‘U’ yang sama bersama-sama. Pink Lady memang suka sangat sama Blue Boy. Tetapi sebagai seorang wanita, Pink Lady malu untuk bertanya apatah lagi meluahkan apa yang dirasakannya pada Blue Boy. Blue Boy pula dilihatnya releks jer. Tak pernah pun cakap ‘Saya suka awak’ ataupun ‘I luv u’. Kias-kias pun tak der..!


Tetapi setiap kali tiba hari raya, Blue Boy tidak pernah lupa kirim kad raya. Ada muzik dan gambar masjid! Cam takder gambar lain. Pink Lady tahu, Blue Boy mesti nak ingatkannya agar jangan lupa ke masjid untuk sembahyang sunat sebelum pergi kutip duit raya. Begitu juga setiap kali tibanya birthday Pink Lady. Blue Boy tetap akan kirim kad birthday gambar masjid. Handmade gambar masjid tu. 

“ Memang awak suka gambar masjid ker?” Pernah Pink Lady bertanya suatu ketika dahulu. 


“ Kenapa..ada masalah ker dengan gambar masjid tu. Bukan apa, saya sekadar nak ingatkan awak, awak jangan tinggal solat jika awak tak uzur sebab setiap tahun umur kita akan bertambah, begitulah juga hendaknya dengan amalan kita. Makin bertambah pada setiap tahun”

Panas juga telinga Pink Lady mendengar ceramah percuma dari Blue Boy. Semenjak dari peristiwa itu, Pink Lady dah tak kisah dengan gambar masjid. Alah tegal perkara biasa. 

One day, di bawah pohon nan rendang di tepi padang sebuah universiti, kelihatan kelibat Blue Boy tengah releks-releks sambil up date blog menggunakan netbooknya. 

Tet..tet.. sms dari Pink Lady. 

“Awak kat mana? Ada hal mustahak nak tunjuk dan cerita pada awak” 

“ Kat tempat biasa. Saya tengah up date blog. Apa yang mustahak sangat nih..em..awak datanglah jumpa saya.” 

“ Okay, awak tunggu saya yer..i’m on my way” 


Selepas 10 minit. 

“Awak...” Pink Lady main cak-cak ler pula sebaik sahaja tiba di tempat yang di janjikan. 

“Oh pocot mak engkau..kus semangat, awak ni kan...” 

Namun terkejut Blue Boy cuma seketika selepas terlihat belon warna pink berbentuk hati dan sekeping kad ditangan Pink Lady. Api cemburu mula membakar sedikit demi sedikit. 

“ Awak tahu tak..hari ni adalah hari yang paling happy dalam hidup saya. Dah lama saya tunggu saat ini. Dah lama saya inginkan perkara ini. Awak nak tahu, hari ini saya dapat ni semua dari secret admirelah. Ada orang minat kat saya awak. Ada orang jatuh cinta pada saya..awak. Ada juga orang yang nak kat saya yang tak cantik nih..” 

Berseri-seri wajah Pink Lady bercerita pada Blue Boy. Sambil bercerita, mata Pink Lady tetap belek-belek belon dan kad ditangannya. Blue Boy hanya tersenyum yang ternyata amat kelat. 

Dalam hati Blue Boy berkata.. 

(Comel setanding Park Shin Hye boleh dia kata diri dia tak comel. Memang tak sedar diri awak tu. Rupanya, selama ini awak tidak faham apa erti MASJID yang berpuluh tahun telah saya kirimkan untuk awak. Masjid bermaksud suatu hari nanti apabila tiba tika dan saatnya, kita berdua akan mendirikannya bersama. Waaa..awak tak faham rupanya. Awak, awak tahu tak. Saya amat sayang pada awak. Tapi hari ni..sobsob..nangis Blue Boy dalam hati.) 

“ Awak ni apa hal..sedih jer..” 

“ Tak der apa pun. Cam biasa jer..” 

“ Awak tolong pegang belon dan kad ni kejap yer. Saya nak ke ‘ladies’. Oh, ya..saya nak awak tengok siapa dia gerangan secret admire saya tu. Need your komen.” 

Pink Lady meletakkan belon dan kad pada netbook Blue Boy. Terus dia berlari- lari anak ke tempat yang dimaksudkannya. Terkehel-kehel Blue Boy mengambil kad dan belon yang hampir terbang di tiup angin. 

Em..boleh tahan kreatif kad nih..Cover depan ada gambar teddy bear peluk heart bertulis.. 
DAH LAMA SAYA SUKAKAN AWAK..TAPI.. 
Tapi apa pula nih..tak sanggup pula nak buka dan baca ayat seterusnya. Tapi kalau aku nak tahu kesudahannya, kena juga aku buka kad nih. Aku malas bebenar nak tahu siapakah gerangan pemuda yang berani meluahkan perasaan nih. Remuk hati aku belum terubat. Kalau aku tak buka, bila Pink tanya nanti, apa aku nak jawab. Nanti dia kata aku cemburukan dia pula. Aduihhhh.. 

Dengan berat hati Blue Boy membuka kad tersebut.. 
SAYA TIDAK TAHU CARA YANG TERBAIK UNTUK LUAHKAN PADA AWAK. JIKA AWAK SUDI MEMBINA MASJID BERSAMA SAYA, AWAK LEPASKAN BELON PINK INI, BIAR IA BEBAS TERBANG MELAYANG KERANA CINTA PERLU DI LUAHKAN BUKAN DI PENDAM AGAR CINTA ITU TIDAK TERLEPAS KE TANGAN ORANG LAIN. 
PINK LADY..
 
p/s : Amacam lakonan saya, setanding Park Shin Hye tak? 
Dari jauh, Pink Lady dapat melihat belon Pink melayang tinggi ke awan biru.... 
Nota :Dalam percintaan, mana boleh main agak-agak nanti korang juga yang akan nangis. 


Older Post | Newer Post